” Stress sangat bila jerawat taknak hilang ! Asyik naik dan naik jer, dah penat guna macam-macam produk tapi masih takde kesan “.
Jujur lah, siapa pernah alami masalah macam ni? Sebenarnya sangat ramai kan. Salah makan sket naik jerawat, jerawat plak besar-besar dan bengkak. Adeh !! susah plak nak hilang.
Jerawat nanah selalu berkait rapat dengan resdung. Selagi resdung tak dirawat selagi tu lah jerawat sentiasa naik.
“Resdung ? Alahh biasa lah tu, bukan boleh bawa mati pon”
Ye betul tak boleh bawa maut kalau biasa-biasa saja, cuba kaji artikel mengenai resdung di google, banyak kajian membuktikan resdung tak dirawat boleh menyebabkan kanser. Dan ada yang maut akibat resdung kronik tak dirawat.